Nota Privasi
Satu muka surat, untuk Guru Besar dan pentadbir yang bertanya. Dikemaskini: Ogos 2026.
Bagaimana dokumen sekolah diproses
- PDF anda tidak pernah dimuat naik ke pelayan kami. Penukaran kepada imej berlaku sepenuhnya dalam browser guru. Yang disimpan hanyalah imej muka surat yang telah siap.
- Imej disimpan dalam storan persendirian (Cloudflare R2, bucket private). Tiada URL awam terus ke fail — setiap imej dihidang melalui lapisan kawalan akses.
- Setiap flipbook tidak diindeks enjin carian secara lalai (noindex + robots.txt). Hanya mereka yang menerima pautan boleh membukanya.
- Pautan menggunakan kod rawak 12 aksara yang tidak boleh diteka atau disenaraikan. Kata laluan tambahan boleh ditetapkan untuk dokumen dalaman.
- Data milik sekolah/organisasi, bukan akaun guru perseorangan — data kekal bila guru bertukar sekolah, dan setiap organisasi hanya nampak data sendiri (dikuatkuasa pada peringkat pangkalan data).
- Pematuhan PDPA: kami hanya menyimpan maklumat yang diperlukan (nama org, e-mel, no. telefon, dan kandungan yang diterbitkan). Padam flipbook/borang = padam datanya. Permintaan padam akaun: WhatsApp/e-mel kami.
Untuk borang tempahan
- Maklumat ibu bapa (nama, telefon) hanya boleh dilihat oleh organisasi pemilik borang.
- Tiada iklan, tiada penjualan data, tiada penjejakan pihak ketiga.
Soalan? Hubungi Early Bytes: earlybytesolution@gmail.com